Ada je caranya untuk kita kenal pasti bayi dapat cukup susu atau tidak. Biasanya, kalau bayi menyusu dengan baik dan nampak puas selepas menyusu, itu sudah salah satu tanda yang positif. Selain itu, bayi juga akan membuang air kecil dengan kerap sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan najisnya akan konsisten tak terlalu keras atau cair. Bila bayi merasa kenyang, dia akan melepaskan payudara dengan sendirinya atau tidur dengan nyenyak selepas sesi menyusu. Tapi, ada juga bayi yang tidak akan melepaskan payudara ibu, sebaliknya dia akan terus tertidur dengan mulut di payudara tetapi hisapannya perlahan sahaja. Tidak ada ritma hisap dan telan. Jadi, kalau semua tanda-tanda ini ada pada bayi, maknanya susu yang diberikan sudah cukup. Jom saya kongsikan dengan lebih terperinci, tanda-tanda bayi cukup susu.