Dalam episod kali ini, kita nak bercakap tentang penyusuan dalam bulan pertama selepas kelahiran. Bulan pertama ni sebenarnya adalah fasa yang sangat penting untuk ibu dan bayi sebab banyak perkara baru yang perlu dipelajari. Bayi yang masih dalam proses menyesuaikan diri dengan dunia luar dan dalam masa yang sama, dia sedang belajar cara untuk menyusu dengan betul. Pada peringkat ini, ibu juga masih belajar cara untuk menyusukan bayi dengan lancar. Bulan pertama ni penyusuan mungkin rasa agak mencabar sebab bayi akan menyusu dengan kerap, kadang-kadang sampai 8 hingga 12 kali sehari dan ini mungkin menyebabkan ibu rasa letih. Tapi ini semua adalah normal dan setiap kali bayi menyusu, ia membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Jadi walaupun penat, sebenarnya ia sangat berfaedah untuk ibu dan bayi. Sebagai ibu, kita juga perlu pastikan teknik lekapan yang betul supaya penyusuan jadi lebih selesa dan bayi dapat susu yang cukup. Selain itu, pada bulan pertama ini, bayi akan kerap terjaga pada waktu malam dan tidur tak lama sangat. 45 minit ke 1 jam tidur pun dah cukup dan kemudian dia akan bangun nak susu lagi. Ada juga kemungkinan bayi akan alami jaundice pada minggu-minggu pertama. Tapi biasanya ia akan hilang selepas beberapa hari. Secara keseluruhannya, bulan pertama adalah masa untuk ibu dan bayi membina rutin penyusuan yang baik dan cabaran-cabaran awal ini adalah langkah pertama ke arah kejayaan penyusuan yang lebih lancar selepas ini.