Okey, kita dah sampai ke bab: Bab Tidur Anak. Mungkin anda dah belajar teknik tenangkan, anda rasa dah gembira. Tapi masalah terbesar ramai parents adalah bila nak buat anak lena. Tenangkan itu best juga. Tapi yang selalu anak buat, yang banyak anak buat hari-hari ini tidur, ulang tidur. Jadi kita dah masuk ke bab yang pertama, bagaimana bantu anak lena bukan di badan, episod pertama. Buat pengetahuan ada empat perkara wajib yang parents perlu lakukan untuk buat anak boleh tidur lena walaupun bukan di badan. Episod ini kita akan mulakan dengan faktor yang pertama, iaitu kenal pasti jumlah alat tidur yang anak perlukan. Kenapa nak kena kenal pasti jumlah alat tidur? Kita dah belajar dah dekat dalam rahim dulu, banyak sangat alat tidur anak kan? Bila dia dah berlipat dia, dia rasa macam constant pelukan, hugging, ada bunyi rahim, ada hayunan, boleh hisap jari. Jadi bila dekat luar, kita kena kasi juga alat-alat tidur.