Jenis Bayi: Easy Going vs High Demand vs Colic (Sawan Tangis)

Episode #1 • Jul 14, 2024 • Free Episode

Babies can generally be categorized into three types based on their temperaments and needs. Easy Going Babies are calm, adaptable, and easy to soothe, with predictable routines that make caregiving stress-free. High Demand Babies require more attention and care due to their sensitivity and intensity; they cry frequently and need consistent routines and physical closeness for reassurance. Colic Babies experience frequent, intense crying spells, either due to digestive discomfort or poor adaptation of the transition from the womb to the world. They benefit from specific soothing technique that replicate the womb like the Cuddle Cure.

Jenis Bayi: Easy Going vs High Demand vs Colic (Sawan Tangis)
Next episode
FreeThis episode is free for everyone.

Subscribe to Infantalk

Access all past and future episodes when you become a subscriber.

See plans and pricing

Already a subscriber? Login

Pengenalan

Pakar personaliti mengkelaskan bayi-bayi newborn kepada 3 jenis personaliti. Kesemua kategori ini berdasarkan kategori bayi-bayi yang banyak menangis ataupun tidak, susah ditenangkan ataupun mudah ditenangkan. Semua bayi ini sihat. Okey kita ada bayi easy going, high demand dan juga colic. Kita akan mulakan dengan yang paling mudah iaitu easy going.

Easy Going

Seperti namanya bayi easy going sangat jarang menangis dan kalau menangis pun sangat senang untuk ditenangkan. So tak payahlah kita cerita banyak-banyak. Kita pergi kepada 2 lagi kumpulan bayi yang lebih susah dan lebih challenging iaitu bayi high demand dan juga colic.

High Demand

Ciri asal bayi high demand disenaraikan oleh pakar personaliti mempunyai 12 ciri. Kalau anak anda memiliki semua 12 ciri ini maka anda boleh sahkan anak anda adalah bayi high demand ataupun dipanggil sebagai bayi high need ataupun bayi sensitif. Saya cuba explain satu atau dua daripada 12 ciri ini untuk lebih buat anda faham. Nombor satu, bayi high demand menyalurkan semua kehendak dan keinginannya secara urgent. Maksudnya semua nak cepat, tak boleh bersabar, tak boleh tunggu lambat sikit. Contoh biasa, kalau kita ada anak easy going dan juga anak high demand yang tidur dan bangun kelaparan. Kita boleh melihat anak easy going masih lagi boleh memanggil-manggil, merengek-rengek kecil, memanggil ibunya untuk disusukan. Tapi kalau ada anak high demand bangun daripada tidur, celik mata terus menjerit, ini yang membuatkan ibu bapa dengan bayi high demand ni sentiasa cemas sebab anak akan menangis cepat dan menangis kuat, dah menangis susah pula nak diam. Okey, antara contoh lain, bayi-bayi high demand seperti namanya ‘demand’. Maka mereka demanding beberapa perkara daripada ibu bapa. Contohnya demand masa, demand tenaga, demand perhatian. Mereka ini boleh diam sebenarnya dan boleh tidur lena dengan syarat mereka itu mendapat perhatian dan layanan. Skin to skin, dipeluk, dipegang, didakap, dilayan. So walaupun mereka ini boleh senyap tapi ibu bapa dengan bayi high demand selalunya akan letih secara fizikal sebab mereka hampir tidak boleh diletak ataupun ditinggalkan. Ini ciri asal bayi high demand ya.

Colic

Okey, kita move on kepada kategori bayi colic. Bayi yang paling banyak menangis daripada tiga-tiga kategori ini. Secara umum, colic bermaksud bayi-bayi yang paling banyak menangis dan bayi-bayi ini memenuhi rule of three iaitu satu definisi yang paling awal diterbitkan pada tahun 1954 oleh seorang pakar pediatrik di USA. Okey, menurut pakar ini hasil kajannya anak-anak colic ini akan menangis seawal usia 3 minggu. Dah mula banyak menangis dah waktu usia 3 minggu dan dalam sehari mereka boleh menangis at least 3 hingga 5 jam sehari secara total, bukan pada satu-satu sesi tapi secara total. Dan episode menangis ini akan berterusan sepanjang 3 bulan dan selalunya selepas usia 3 bulan nak masuk 4 bulan kebanyakan bayi akan tiba-tiba kurang menangis secara automatik. Jangan risau kita akan belajar lebih tentang bayi colic.

High Demand vs Colic

Mungkin ada yang tanya apa beza bayi high demand dan juga colic kalau kedua-duanya itu banyak menangis, nampak macam sama je. Okey, ada sedikit perbezaan sahaja. Walaupun kedua-dua bayi high demand dan juga colic banyak menangis iaitu yang pastinya lebih 2 jam lah daripada sehari kan. Okey, bezanya bayi high demand ini masih boleh diam macam saya sebut tadi jika banyak perhatian, banyak skin-to-skin jika didukung dan sebagainya. Tapi kalau anda ada bayi colic maka anda akan tahu skin-to-skin, dukung, pegang, layan, cakap kadang-kadang pun tak berkesan untuk bantu baby colic ini tenang dan juga lena. Lebih mencabar tahu. Ramai sangat parents suka tanya soalan, “Puan, macam mana bayi saya ini boleh jadi bayi high demand? Adakah apa-apa amalan yang saya buat semasa hamil menjadikan dia bayi sebegitu? Ataupun ada tak preparation yang saya boleh buat untuk pastikan saya dapat baby easy going?” Okey, pertama sekali parents, anda kena faham anak-anak ini adalah rezeki daripada Tuhan. Maka anda mungkin boleh berusaha, pada akhirnya yang menentukan rezeki anda adalah Tuhan. Okey, kita jangan fokus kepada kenapa saya dapat baby macam ni. Tapi kita fokus dulu apa yang membuatkan bayi kita ini jatuh dalam kategori easy, high demand ataupun colic.

Kawalan Pusat

Okey, ada banyak perkara yang datang bersama bayi yang baru lahir. Tapi dalam banyak-banyak perkara ini, mana satu yang menentukan mereka itu bayi easy going, high demand ataupun colic? Iaitu faktor kawalan pusat. Kawalan pusat ini bermaksud bagaimana baby itu bagus adaptasinya dengan dua perkara. Iaitu adaptasi peralihan alam daripada alam rahim masuk ke alam dunia. Dan nombor dua, berapa bagus dia itu beralih membuat peralihan tenaga daripada pagi sampai ke malam. Mari kita kaji lebih lanjut tentang maksud kawalan pusat ini. Okey, kawalan pusat pertama bermaksud bagaimana bayi ini bagus beradaptasi dengan peralihan daripada dunia rahim masuk ke dunia sebenar. Bayi kita ini, awal-awal hidup sejak daripada tak ada nyawa sampai masuk nyawa, mereka duduk sembilan bulan di dalam rahim. Senang kata rahim adalah ibu pertama semua anak manusia. Rahim adalah alam pertama kita semua. Jadi tak hairan kalau saya kata satu-satunya perkara yang bayi kenal adalah dunia rahim. Satu-satunya ibu yang bayi manusia kenal adalah ibu rahim sebelum mereka jumpa ibu dan ayah kandung mereka. Dan satu-satunya cara yang anak kita ini biasa, yang anak kita ini kenal dari segi macam mana dia itu ditenangkan, macam mana dia itu ditidurkan, tentulah cara ibu pertamanya iaitu cara ibu rahim. Sebab itu senang kata bila kita ini perlu berpindah daripada alam rahim ke alam dunia, bayi-bayi ini jadi panik. Sama macam kita dulu lah waktu kita kecil, mungkin kita tak sedar tapi tanya balik dengan ibu bapa kita. Bila kita masuk ke dalam satu dunia yang amat berbeza, rangsangan berbeza, suasana berbeza, tentulah ini menyebabkan sebahagian anak dengan kawalan pusat ataupun adaptasi yang lemah, akan menghadapi kesukaran untuk make sense, untuk faham tentang dunia baru ini. Baik, kita akan tengok kawalan pusat yang kedua. Kawalan pusat kedua adalah berapa bagus bayi ini membuat peralihan tenaga, daripada pagi sampai ke petang, daripada satu aktiviti ke satu aktiviti. Kita dah belajar tadi, dah lah kena berpindah alam, berpindah alam tu sendiri dah susah. Sekarang perkara kedua bayi kena buat adalah membuat peralihan tenaga daripada satu aktiviti ke satu aktiviti, daripada pagi sampai ke malam. Contoh mudah, kita bangun tidur kita rasa segar, tak lama lepas tu kita rasa letih sikit, lepas tu kita rasa macam nak tidur, tidur siang sekejap lah, lepas tu kita bangun kita rasa segar balik, kita buat kerja balik, lepas tu kita akan rasa letih balik, kita nak tidur malam pula. Dan sepanjang hari itu kita akan mengalami beberapa perubahan aktiviti, beberapa perubahan fokus, beberapa perubahan suasana dan beberapa perubahan aras tenaga. Untuk bayi kecil, waktu di dalam rahim, mereka tak perlu fikir macam mana nak beralih daripada satu fasa ke satu fasa sebab alam rahim adalah alam yang konsisten. Baunya konsisten, suhunya konsisten, suasananya konsisten. Sebab tu sedap saja dekat dalam rahim ni. That’s why dalam rahim tak ada anak yang banyak menangis, tak ada anak yang tak menangis, semuanya tenang dan aman je duduk dalam rahim. Semua nampak macam easy je dalam rahim tu. Tapi bila dah keluar kenapa masing-masing berubah karakter? Sebab dekat dunia ni bukan dunia yang konsisten. Semuanya berubah daripada pagi sampai ke malam. Untuk anak yang easy going, bila ada kawalan pusat yang tinggi, maksudnya adaptasi mereka ni bagus. Apa-apa perkara baru, perkara asing, mereka boleh terima, mereka agak chill. Macam sebahagian daripada kita lah. Masuk tempat baru, jumpa kawan baru, senang je adapt. Tapi untuk bayi high demand dan juga colic dengan kawalan pusat yang rendah, mereka memerlukan lebih masa, mereka memerlukan lebih sokongan untuk boleh adjust duduk dalam dunia baru. Macam juga sebahagian daripada kita yang mungkin pemalu, mungkin agak berhati-hati jika nak rapat dengan seseorang, nak biasakan diri dengan suasana baru. Macam tu lah contohnya. Tapi jangan risau, semua terma ini adalah terma-terma yang digunakan untuk bayi-bayi newborn sahaja. Please take note, bila saya sebut bayi newborn, ia bermaksud adalah bayi-bayi berusia 0 hingga 3 bulan. Sampai akhir hujung 3 bulan. Maka jika anak anda adalah bayi-bayi pramatang, anda akan tahu usia 3 bulan sebenarnya berdasarkan tarikh patut lahir ataupun EDD yang diberikan oleh doktor. So gunalah tarikh anak anda patut lahir, EDD untuk menentukan daripada hari pertama mereka itu lahir sehingga hari mereka masuk 4 bulan. Itulah dia fasa newborn 0 hingga 3 bulan di mana semua terma-terma ataupun label-label personaliti yang kita dah belajar tadi sesuai untuk dipakai oleh anak-anak ini. Selepas usia 4 bulan masuk je usia 4 bulan, ikut tarikh patut lahir anak anda, semua terma-terma yang kita bincangkan ini sudah tidak boleh digunakan lagi.

Lebih lanjut tentang Colic

Dalam banyak-banyak topik tentang personaliti baby yang paling popular, paling banyak menimbulkan pertanyaan, paling banyak orang nak tahu adalah topik colic. Colic ini famous sangat bukan sahaja di kalangan ibu bapa yang nak tahu tentang anak saya ini kembung ke, anak saya ini ada masalah apa, ada pula botol anti-colic kan, ada pula susu anti-colic. Colic ini sebenarnya apa ataupun ada orang cakap sebab salah nama? Sakit? Apa sebenarnya? Okey, jom kita dive in lebih dalam tentang colic. Okey tadi kita dah belajar, colic pada umumnya adalah bayi-bayi yang banyak menangis. Tapi sebenarnya colic ini dibahagikan kepada 2 kategori. Kerana bayi-bayi yang banyak menangis ini sebenarnya ada punca yang berbeza yang buat mereka ini banyak menangis. Kita ada abdominal colic baby dan juga infantile colic baby. Jom kita tengok satu per satu.

Abdominal Colic

Saya mulakan dengan abdominal colic. Nampak tak perkataan abdomen. Abdomen bermaksud bayi-bayi ini adalah bayi-bayi yang banyak menangis kerana mereka mempunyai masalah kesihatan. Sakitlah senang kata di bahagian abdomen termasuk perut ataupun usus. Contohnya, baby ini memang baby yang allergic. Allergic dengan susu protein lembu misalnya. Ataupun baby-baby yang ada reflux senang sangat kena reflux ataupun kita panggil GERD ataupun pedih ulu hati. Dan ada juga baby-baby yang lebih mudah jadi kembung ataupun ‘gassy’. Anda boleh tahu anak anda adalah abdominal colic ataupun tidak dengan berjumpa dengan doktor ataupun dapatkan rawatan di klinik dan hospital. Di sana mereka akan membuat pelbagai pemeriksaan untuk mengesahkan betul ke anak anda ini ada masalah di kawasan abdomennya. Jangan risau doktor ada kepakaran untuk menentukan hal ini. Menerusi ujian-ujian dan juga pemeriksaan lah. So jika benar anak anda disahkan oleh pakar perubatan adalah anak-anak yang ada isu dengan bahagian abdomen dan isu itu menyebabkan mereka banyak menangis, doktor akan sahkan dan akan berikan rawatan yang bersesuaian. Rawatan ataupun ubatan terpulang kepada kepakaran doktor. Dan episod menangis ini akan berhenti selepas ubatan atau rawatan tersebut selesai. So maksudnya anda tak perlu tunggu sampai hujung 3 bulan seperti definisi asal colic untuk tangisan itu berakhir. Kalau anak anda abdominal colic episod menangis itu akan berhenti selesainya dengan rawatan dan juga ubatan.

Infantile Colic

Tapi kalau anak anda itu adalah bayi infantile colic. Haa okey infantile colic tidak boleh diselesaikan dengan rawatan ataupun ubatan. Kenapa? Okey. Anak infantile colic kita tengok ada word ‘infant’ di dalam perkataan infantile colic. Infant bermaksud anak kecil. Maksudnya infantile colic adalah bayi-bayi yang sihat. Tak ada langsung masalah kesihatan di bagian abdomen, perut, usus dan sebagainya. Tapi mereka banyak menangis kerana mereka adalah bayi infant ataupun bayi kecil. So apa punca mereka banyak menangis? Bayi abdominal colic pun bayi kecil juga. Punca mereka banyak menangis adalah kerana mereka adalah bayi-bayi yang paling panik dengan peralihan alam. Sebab itu bayi-bayi high demand dan juga bayi colic infantile adalah bayi yang paling banyak menangis. Tapi bila anak anda itu adalah bayi colic itulah yang lebih banyak menangis dan lebih sukar untuk ditenangkan. Sebab bila mereka panik beralih alam mereka mencari satu sahaja penawar iaitu ditenangkan dan ditidurkan, mesti ikut cara rahim. Sebab cara itu sahaja yang mereka kenal. Jadi maksudnya walaupun anda angkat, dukung, peluk tapi jika cara itu tidak menyamai cara rahim, seratus peratus mereka gagal diam. Inilah yang menyebabkan bayi colic infantile sedikit berbeza dengan bayi high demand. Sebab itu bayi colic adalah ‘Queen of Cry’ berbanding tiga kumpulan bayi yang kita dah belajar tadi. Okey untuk bayi infantile colic mereka ini adalah bayi-bayi yang paling banyak menangis kerana panik beralih alam. Okey di situ kita dapat tahu ideanya. Kalau anda nak bantu selesaikan isu anak yang banyak menangis sebab panik ini, solusinya semudah belajarlah ilmu teknik tenangkan bayi dan tidurkan bayi newborn. Bila anda ada ilmu yang betul, anak anda masih banyak menangis tapi cepat didiamkan. Boleh tidur lena walaupun mungkin perlukan banyak alatan perlukan banyak bantuan anda berbanding kawannya yang easy going tadi, tapi yang pasti anda tak perlu sampai nak menghadap anak nangis berjam-jam.

Kembung

Kalau cakap pasal colic tak sah kalau kita tak cuba explain dari sudut kembung sebab persoalan adakah bayi colic ini adalah bayi kembung ini sangat famous ditanya oleh ibu bapa daripada zaman dahulu sampai zaman sekarang. Okey betul tak colic adalah bayi yang kembung? Tak betul. Sebenarnya kembung ini adalah satu sakit akibat gas yang terperangkap dalam perut baby. So semua baby tak kisah easy, high demand, colic semuanya ada perut. Baby semuanya ada gas, jadi kembung ini boleh dialami oleh mana-mana kategori baby. Bukan oleh bayi colic sahaja. Kalaulah colic itu bersamaan dengan kembung, jadi adakah bermaksud bayi easy going, bayi high demand tak boleh kena kembung? Sebab itu tak betul bila kita kata colic itu adalah kembung. Colic yang kita dah bincang tadi adalah anak-anak yang beralih alam. Panik dengan perubahan alam ini jadi mereka banyak menangis. Dalam bahasa Melayu kita panggil sebagai sawan tangis. Walaupun sawan itu selalu dikaitkan dengan penyakit tapi dia tidak sakit seperti yang saya sebut tadi. Hanya kerana bayi itu banyak menangis susah diam kita rasa macam over. So bila perbuatan itu over kita akan menggunakan terma ‘sawan’. Untuk bayi-bayi yang colic ini apa buktinya yang saya sebut mereka ini tidak kembung? Bayi-bayi ini anda boleh sahkan, perkataan saya ini boleh sahkan dakwaan saya ini di rumah anda boleh buat sendiri. Contohnya yang pertama sekali, kalau anak anda adalah anak-anak yang boleh ditenangkan dengan teknik khas untuk tenangkan bayi newborn. Kita akan belajar teknik ini lebih lanjut dalam channel ini nanti. Jika anda cuba buat dan ternyata bayi boleh diam. Tentulah itu tak kembung. Mustahil kembung sakit perut ini boleh diam begitu sahaja hanya kerana anda buat teknik tertentu. ataupun anda juga boleh cuba untuk perhatikan adakah anak anda ini menangis sepanjang hari ataupun pada waktu-waktu tertentu sahaja. Ada ibu bapa yang berkata anak saya colic sebab dia ini menangis berjam-jam waktu malam. Contohnya 12 malam sampai 4 pagi. Sepanjang waktu itu menangis je susah tidur. Kami pun tak boleh tidur juga. Bila siang dia okey. Ada juga mak yang cakap anak saya banyak menangis lewat petang. Waktu itu saja, waktu lain dia okey. Okey dekat situ je kita dah tahu, itu bukan kembung sebab macam saya kata kembung adalah perkara ataupun elemen yang ada dalam badan semua baby termasuk kita juga sebenarnya. Jadi tentulah tak logik kan kalau angin ataupun gas ini tahu untuk menyakiti baby, untuk serang baby, untuk attack baby pada satu-satu waktu sahaja. Jadi apa punca bayi ini menangis dalam satu-satu tempoh itu? Macam saya kata tadi bayi-bayi ini panik beralih alam. Jadi pada waktu itu mereka perlu ditenangkan dengan teknik khas tenangkan bayi. Ditidurkan dengan teknik khas tidurkan bayi. Bila anda tahu tenangkan, anda tahu tidurkan, mereka tak perlu menangis berjam-jam. Bila mereka nangis berjam-jam pada satu-satu waktu misalnya 12 pagi sampai 4 pagi ataupun petang daripada 3 petang sampai ke Maghrib. Tentulah mereka jadi penat. Bila mereka penat itu mengakibatkan pada satu waktu yang lain pula mereka bedal tidur. Jadi anak-anak yang mengamuk 12 malam sampai 4 pagi mak jangan rasa pelik kenapa pagi mereka boleh tidur dengan senyenyak-nyenyaknya. Itulah bukti bahawa saya kata mereka tak kembung. Mereka hanya minta ditenangkan, ditidurkan tapi pada waktu 12 pagi sampai 4 pagi itu misalnya, anda gagal tenangkan dan tidurkannya. Mereka habiskan 4 jam menangis dan susah tidur mereka jadi letih kemudian mereka bedal tidur, bedal rehat di waktu yang lain dengan lamanya.

Indikasi ke-3

Kalau anda tak tahu teknik 5S ataupun teknik cuddle cure ataupun sebarang teknik khas untuk tenangkan bayi dan anda juga mungkin tak nampak pattern anak saya tak ada pula menangis pada certain-certain waktu, dia menangis sajelah sepanjang hari. Okey ada lagi indikator ketiga untuk anda sahkan. Anak anda ini kembung ataupun colic saja sebenarnya. Anda boleh cuba angkat anak anda, cuba bawa berjalan naik kenderaan, naik motor, pakai stroller, jalan kat taman, mandikan air suam cuba untuk buat senaman bicycle, cuba tuam perutnya buat apa-apa saja cara yang anda rasa sepatutnya boleh bantu anak relax. Dan jika anda buat dan anak nampak enjoy, boleh berhenti nangis walaupun sekejap, itu adalah petunjuk anak anda tak kembung. Ingat ya, kembung sangat sakit dan mustahil anak boleh berhenti walaupun sekejap untuk menikmati apa juga cubaan anda tenangkan dia. Dia tak boleh berhenti sekejap untuk cuba terlelap. Dia tak boleh berhenti sekejap untuk penatlah menangis ini nak stop sekejap. Tak boleh, anak yang kembung dia akan terus menangis tanpa henti sehingga kembung tersebut selesai. Maka kesimpulannya jika anak anda boleh diam, boleh tidur, boleh nampak macam mamai, boleh nampak macam happy, boleh nampak macam enjoy dengan sebarang cubaan anda untuk bantu diamkan dia itu sudah petunjuk sahih. Anak anda tak kembung, anak anda cuma colic, panik beralih alam, mungkin itu petunjuk untuk anda belajar ilmu tenangkan dan tidurkan bayi jika anda dah rasa penat nak menghadap episod ini banyak kali dalam sehari.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita dah belajar tiga jenis personaliti baby tadi. Ibu bapa jangan risau sangat, Tuhan tu tak kejam. Semua itu adalah personaliti asal anak-anak kita supaya kita ni appreciate apa juga bayi yang dihadiahkan, direzekikan kepada kita, kita terima. Kita tak perlu compare kenapa anak orang tu macam tu, kenapa anak saya macam ni. Tak perlu compare, itu soal rezeki. Jadi kita ada ilmu, kita berhenti compare dan kita akan rasa tenang sikit. Tak kisah apa pun yang orang cakap, kita akan terima anak kita seadanya. Nombor 2, ingat semua ciri yang saya sebut tadi adalah ciri asal jika ibu-ibu mahu kenal anak itu secara asli. Tapi bila anda dah kenal, anda tentu nak bantu kan. Anak ni susahnya tidur, susahnya berhenti nangis. Jadi nak bantu tu boleh bantu anak dengan belajar ilmu teknik tenangkan dan tidurkan bayi. Bila ada ilmu, jangan risau, anak high demand, anak colic ni boleh di-undo jadi anak yang senanglah juga, walaupun tak adalah easy sangat. Jangan risau tau, semua ini adalah rezeki. Dan ingat ya, anda boleh dapat mana-mana kategori bayi dalam setiap kehamilan.


Get started with our free plan

Our free plan includes an access to 5 free episodes.

View plans and pricing