Punca Bayi Newborn Banyak Menangis & Susah Diam

Episode #2 • Jul 21, 2024 • Free Episode

Babies may cry a lot and be difficult to soothe for several reasons. Common causes include hunger, tiredness, and discomfort, such as from a wet diaper, temperature changes, or tight clothing. Digestive issues like gas, colic, or acid reflux can also lead to prolonged crying. Additionally, babies might cry due to overstimulation, a need for physical closeness, or because they are sick or experiencing pain. Understanding the underlying cause is key to providing effective comfort and care.

Previous episode
Punca Bayi Newborn Banyak Menangis & Susah Diam
Next episode
FreeThis episode is free for everyone.

Subscribe to Infantalk

Access all past and future episodes when you become a subscriber.

See plans and pricing

Already a subscriber? Login

Pengenalan

Okey kita dah belajar tentang tiga personaliti baby dalam episode sebelum ni. Tapi kalau tahu anak kita personaliti apa je tentu tak cukup kan. Ibu bapa masih tertanya kenapalah anak saya ni masih banyak menangis walaupun rasa dah kenyang banyak kali dah susu. Rasanya saya dah selalu periksa lampin tak kotor, suhu dah selesa. Jadi apa yang menyebabkan mereka ni banyak sangat menangis? Mungkin anda biasa jumpa dalam mana-mana buku, artikel ataupun sering mendapat nasihat daripada ibu-ibu berpengalaman. Contohnya bila anak menangis ni cuba cek senarai semak satu per satu. Lapar ke, kebung ke, lampin kotor ke? Sebenarnya saya sangat yakin ibu bapa tak perlukan pun senarai checklist ni. Tak perlu diberitahu tentang senarai ini daripada buku, daripada kawan. Naluri ibu bapa sendiri akan pergi periksa semua perkara ini. Betul tak? Dan dekat sini lah yang buat kita rasa frust sebab kita rasa macam dah periksa semua. Tapi tak tahu apa lagi yang tak kena. Dan kenapa orang asyik bercakap tentang checklist ni? Tapi bila saya dah buat satu per satu anak tak juga diam. Baik saya tak nafikan semua perkara yang ada dalam checklist tadi boleh menyumbang kepada anak jadi tak selesa, anak rasa tak gembira, anak banyak menangis. Tapi kita sekarang nak cari punca utama ni.

The Missing 4th Trimester

Okey punca utama anak-anak newborn banyak menangis adalah kerana mereka ini duduk di dalam fasa yang kita panggil sebagai ‘The Missing Fourth Trimester’. Okey the missing fourth trimester adalah lanjutan daripada pregnancy period yang semua ibu-ibu alami. Kita ada first trimester, second trimester, third trimester. Yang ini fourth trimester. Tapi ada perkataan ‘missing’ kerana trimester ini dibuat di luar rahim bukan lagi di dalam rahim. Okey ayat mudahnya anak-anak kita ni tak bersedia untuk lahir pada usia 9 bulan kandungan. Sebab itu sampai kena sambung fourth trimester di luar rahim. Mungkin ada ibu bapa yang skeptikal. Apa maksud tak bersedia itu? Adakah Tuhan salah percaturan? Bukan. Bukan bermaksud Tuhan itu salah percaturan. Tapi untuk bagi tahu parents betapa pentingnya ibu bapa faham tentang fasa yang special ni. Bila parents penjaga faham fasa special ni barulah ibu bapa akan tahu macam mana nak kendalikan anak-anak pada 3 bulan pertama. Dengar macam singkat tau 3 bulan tapi anda boleh tanya kepada semua ibu-ibu yang pernah mengalami anak high demand, anak colic. 3 bulan rasa macam 3 tahun dan waktunya adalah waktu paling fragile, paling rapuh. Ibu baru melahirkan, badan mengalami perubahan, emosi mengalami perubahan, dynamic hidup mengalami perubahan. That’s why bila anda faham kenapa fourth trimester ini penting anda akan dapat menghadapi fasa 3 bulan pertama paling kritikal dengan lebih aman.

Bukti Tak Bersedia

Okey jangan risau saya akan bagi bukti-bukti kenapa saya kata anak-anak ni sebenarnya tak bersedia untuk lahir pada 9 bulan.

Otot Lemah

Bukti yang pertama kita akan dapati anak-anak kita iaitu anak manusia ini mempunyai otot yang lemah jika dibandingkan dengan anak-anak haiwan lain. Kita juga sejenis haiwan betul tak? Homo sapiens. Jadi tentu lah lebih logic ataupun masuk akal ataupun adil kalau kita compare diri kita dan juga haiwan lain. Okey kita tengok contoh anak penyu, ketika mereka menetas ibu mereka tak ada pun berdekatan dan mereka sudah boleh merangkak terus menuju ke air. Kalau dibandingkan dengan anak manusia, umur berapa agak-agaknya anak kita merangkak eh? Lambat lagi kan? 6 bulan, 7 bulan, 8 bulan. Itu contoh otot yang lemah dan otot yang lemah ini juga diterukkan lagi dengan hakikat anak-anak manusia mempunyai saiz kepala yang lebih besar berbanding keseluruhan badan.

Kepala Berat

Nampak tak baby-baby kecil ini kepalanya memang besar sikit walaupun kita rasa faktor itu yang menyebabkan mereka ini comel tapi bukan sahaja-saja tahu. Tuhan tu nak jadikan anak manusia ketika dilahirkan memang kepalanya besar sikit. Secara purata 25% daripada keseluruhan berat bayi adalah kepalanya. Kenapa kepala kena paling besar? Sebab ini ibarat CPU kita macam komputer, macam laptop. CPU itu adalah pusat yang paling penting. Jadi ketika dilahirkan CPU ataupun kepala ataupun otak bayi mesti yang paling sempurna perkembangannya walaupun tak sempurna lagi berbanding perkembangan tubuh badan yang lain. Sebab itu dia paling besar sikitlah berbanding saiz badan yang lain. So kepala besar menyebabkan anak-anak manusia yang berkaki dua ini lambat mengalami ataupun mencapai kestabilan fizikal. Sebab itu anak kita lambat dapat bergolek. Sebab kita nak lepaskan bahu dan kepala kita yang besar untuk dapat beralih daripada posisi terlentang ke posisi tertiarap. Susah ni nak overcome bahu dan juga kepala yang besar. Sebab itu juga kita ni ambil masa untuk merangkak sebab kita kena angkat kepala besar dan juga angkat badan ni. Dan itu juga menyebabkan anak-anak kita lambat sikit dapat berlari ataupun berjalan dengan stabil. Sebab kepala kita ni berat dan kita hanya ada dua kaki sahaja sebagai center of gravity kita. So sebab itu kepala yang besar menyebabkan anak-anak kita juga mempunyai perkembangan fizikal yang lebih lambat jika dibandingkan dengan anak-anak haiwan lain. Jadi macam mana nak kata ready duduk dalam dunia ni kalau badan pun susah nak bergerak. Sedangkan bila nak duduk dalam dunia ni kita sepatutnya untuk jadi manusia yang bebas dan berdikari kita mesti boleh bergerak dari point A ke point B. Tak bolehlah saya nak harap mak sahaja kan. Itu bukti mereka ini tak bersedia dan tak jauh berbeza daripada foetus yang duduk dalam rahim. Tak boleh bergerak sangat pun kan ke mana-mana.

Penglihatan Kabur

Bukti yang ketiga, penglihatan yang kabur. Anda boleh lihat banyak bukti carta penglihatan bayi ini di mana-mana internet punya sumber. Okey so saya ambil salah satu contoh untuk anda. Anda boleh lihat daripada carta penglihatan bayi semasa newborn, maksudnya daripada kosong hingga tiga bulan anak ini ibarat duduk di dalam dunia yang jerebu, gelap, kelabu, hari-hari nampak macam kabur sahaja. Okey tak bermaksud tidak ada langsung perkembangan vision sepanjang usia tiga bulan ini. Ada tapi sangat sikit ataupun sangat tidak signifikan. Yang pastinya sepanjang tiga bulan lebih kurang begitu sahajalah jarak dan juga warna ataupun jenis kejelasan yang anak boleh nampak dan anda boleh lihat vision ni bertambah seiring peningkatan usia anak. Senang cerita anak manusia boleh nampak seperti kita. Maksudnya dalam jarak seperti kita dan dalam lapisan. Lapisan bermaksud kita boleh nampak orang di belakang orang mungkin ada pokok, di belakang pokok mungkin ada bangunan, di belakang bangunan mungkin ada hutan dan sebagainya. Itu maksudnya jarak dan juga layers. So untuk anak ada ability untuk lihat seperti kita, mereka perlukan lebih kurang satu tahun. Okey cuba bandingkan dengan anak-anak kuda misalnya. Okey anda boleh cuba menonton video ataupun National Geographic tentang anak-anak kuda yang baru dilahirkan. Mereka ini wajib boleh berdiri dan berlari at least satu jam selepas dilahirkan. So nampak tak dari segi otot, mantap. Dari segi kepalanya, saiznya lebih kurang cantik saja dengan saiz keseluruhan badan anak kuda. Jadi dia punya portion itu elok menyebabkan anak-anak kuda boleh berlari, boleh bergerak sendiri, tak perlukan kehadiran mak. Ditambah pula dengan bila mereka ini boleh berlari, boleh bangun, boleh berjalan sendiri nak tuju ke mana pun mereka nak tuju, itu membuktikan mata anak-anak kuda ini sudah ever ready cantik selepas dilahirkan. Tak perlu nak tunggu stage by stage seperti anak manusia. So macam mana nak kata anak kita ready untuk dalam hidup dalam dunia ni bila mata pun tak berapa nampak sedangkan dalam dunia ni ada macam-macam perkara menarik untuk dilihat.

Sistem Badan Dikawal Reflek

Tahukah anda anak-anak newborn lahir dengan at least 75 jenis reflex. Banyakkan reflex ni? Okey. Kenapa Tuhan jadikan anak manusia ni banyak sangat reflex? Sebab Tuhan tahu bayi tak boleh bertutur bahasa macam kita dan bila mereka tak boleh bertutur bahasa macam kita, jadi kita pun tak boleh nak faham semua kemahuan nya. Dan tentulah sebab badan bayi ni masih belum lagi berkembang dengan bagus. Otak pun masih under construction menyebabkan bayi tidak ada kesedaran ataupun consciousness untuk menangis, untuk bagi tahu, untuk menyatakan perasaannya, untuk rasa apa yang dia rasa. Bayi hanya bergantung kepada reflex ini untuk beritahu kepada ibu dan ayahnya apa yang dia perlukan, apa yang dia mahu. Okey contohnya bila bayi kelaparan apa yang terjadi adalah perut bayi akan mengalami reflex yang menyebabkan otot-otot perutnya akan mengalami contraction dalam usaha untuk cuba menghadam sesuatu makanan ataupun susu. Tapi bila contraction daripada ototnya yang berlaku secara reflex, secara automatik, secara spontan bila lapar tidak dapat mengesan sebarang susu, jadi bayi akan jadi frustrated, maka bayi akan mula mengeluarkan frustration ini dalam bentuk tangisan. Bila bayi cuba berbunyi, mana ni susu, tak ada susu ni? Begitulah lebih kurang translationnya, maka kita akan melihat aksi bayi yang kelaparan ini, kepalanya akan berpusing kiri dan kanan, mulutnya akan terbuka, lidahnya akan menjelir dan di situ lah keluarnya bunyi tangisan lapar. Maksudnya bayi tak berfikir, bayi tak belajar macam mana nak buat bunyi tangisan lapar. Tak, sistem badannya mengesan keperluan dan dengan secara mudah sistem ini akan mencetuskan tangisan yang bayi keluarkan untuk ibu bapanya dapat dengar. Okey, macam mana nak hidup dalam dunia ni, kalau bayi-bayi ini dikawal oleh reflex. Lapar pun nak tunggu reflex bagi tahu, mengantuk pun nak tunggu reflex bagi tahu juga, ada gas untuk disendawakan pun kena tunggu reflex bagi tahu juga. Mereka ini ibarat patung wayang kulit. Saya selalu guna analogi ini untuk bagi parents faham. Anak-anak kita seperti patung wayang kulit dan tali-tali yang menggerakkan wayang kulit itu, itulah contoh reflex-reflex yang bantu anak kita. Bunyi macam ni kalau anda nak susu. Bunyi cepat sebab anda sekarang ada gas untuk disendawakan. Bunyi cepat untuk bagi tahu parents anda sekarang ni dah ngantuk. Macam itulah ibaratnya. Jadi tak anggaplah mereka ni ibarat manusia yang ready untuk hidup dalam dunia ni kalau badan pun masih dikawal oleh reflex.

Perkembangan Otak Primitif

Bukti yang terakhir adalah faktor perkembangan otak anak yang primitif. Primitif bermaksud otak-otak anak newborn faham benda-benda yang paling basic sahaja yang perlu difahami oleh manusia. Okey anak-anak ini mengalami perkembangan mental sepanjang dua tahun pertama usianya. Daripada 10 perkembangan mental, ada 3 perkembangan mental yang khas dijadualkan untuk berlaku pada usia 3 bulan pertama dan perkembangan mental ini akan berlaku tepat pada usia-usia yang ditentukan. Yang pertama, anak manusia mengalami perkembangan mental di usia 5 minggu mengikut tarikh jangkaan patut lahir, EDD. Waktu ni secara umumnya anak ni baru sedar mereka telah beralih alam sebab tu kita panggil 5 minggu ini adalah ‘World of Changing Sensation’. Maksudnya anak sedar lainlah sensasi rahim dan juga sensasi dunia baru. Jadi tak hairan kenapa ramai parents menyebut anak-anak ni nampak senang ketika dibawa pulang daripada hospital. Kerjanya tidur sahaja ataupun sebahagian parents akan guna perkataan dalam pantang senang sangat jaga. Bom letup pun boleh tidur juga. Boleh tidur di mana-mana pada bila-bila masa tak perlu nak dukung-dukung sangat. Tapi kan kenapa bila habis tempoh pantang anak mula banyak meragam, susah tidur tak macam awal-awal dulu? Sebab untuk orang Asia tempoh berpantang kita lebih kurang 30 ataupun 44 hari, kebetulan menyamai usia 5 minggu. Pada usia 5 minggu bila terjadinya perkembangan mental ini menyebabkan anak ni mula sedar yang dia telah beralih alam waktu tu dia baru nak panik. Nampak tak bila lahir perlukan 5 minggu baru nak sedar dah lahir? Lama kalau nak bandingkan dengan contohnya anak penyu tadi. Dia tahu selepas bertelur kena cepat-cepat masuk dalam air kalau tak nanti kena makan dengan helang. Mereka tak perlu 5 minggu untuk sedar. Dah lahir? Okey. Yang kedua anak manusia mengalami perkembangan mental di usia 8 minggu ataupun 2 bulan. Waktu ni anak masuk dunia corak dan bentuk. Anak first time faham dan mula nampak semua benda dalam 3D. Maksudnya, sebelum usia anak 8 minggu anak ni nampak muka ibu dan ayahnya ibarat photostat IC kita yang black and white. Bosankan? Dah lah nampak kabur, nampak flat pula tu. Tapi bila perkembangan mental umur 8 minggu masuk anda akan lihat anak akan tertarik untuk melihat dan memerhati, merenung wajah anda sebab for the first time dia nampak semua lekuk-lekuk ni dia nampak skin tone anda. Kalau anda berdekatan jarak dengan baby pakai pula warna yang bright seperti merah contohnya, pakai tudung merah, pakai baju merah anak mula beri perhatian sebab dia nampak semuanya lebih alive bukan bosan lagi 2D macam dulu-dulu. So nampak tak anak kita nak tunggu 8 minggu baru boleh nampak 3D sedangkan dalam dunia ni semua benda bukan sahaja 3D, 4D, 5D, 6D pun ada juga itu bukti tak bersedia maksudnya vision tu tak jauh berbeza pun dengan foetus. Okey bukti yang terakhir kenapa saya kata anak tak bersedia lahir pada 9 bulan kerana anak kita perlu tunggu usia 3 bulan untuk ada perkembangan mental yang membolehkan dia faham tentang gerakan. Dalam dunia ni hampir semua benda bergerak itu yang menjadikan dunia ni menarik betul tak? Tapi anak kita tak ada software di kepalanya yang membolehkan dia appreciate dan faham gerakan. Senang kata sebelum usia 3 bulan ibaratnya jika anda ini duduk dalam badan baby orang lain mungkin boleh melihat kipas bergerak, pokok ditiup angin tapi mungkin anak nampak semuanya statik sahaja, bosan sahaja. Lepas usia 3 bulan that’s why anak-anak 3 bulan ni lebih tertarik dengan gerakan. Suka memalingkan muka bila mendengar suara orang berada di sekeliling. Mencari-cari orang yang memanggil namanya contohnya kan. Jadi sekali lagi lama betul nak tunggu untuk nampak gerakan untuk faham gerakan nak tunggu 3 bulan. Padahal anak-anak kawan-kawan kita yang lain tadi kan, penyu, kuda mereka bukan sahaja nampak gerakan mereka pun boleh bergerak juga betul tak? So semua tadi adalah bukti kenapa anak-anak kita tak ready mana pun nak lahir pada usia 9 bulan sebab mereka punya skill, mereka punya kemahiran otot, mereka punya otak tak jauh berbeza mana dengan anak-anak foetus. Mereka perlu lagi 3 bulan untuk ada basic understanding untuk ada skill yang basic ni untuk hidup dalam dunia. Anda jangan terkejut sebenarnya lahir dalam keadaan tak bersedia ataupun lahir lebih awal daripada sepatutnya bukanlah perkara yang pelik sangat. Ada beberapa binatang lain selain daripada anak manusia yang kena lahir awal. Okey. Jadi sekarang ini persoalan yang kita nak faham kalau tak bersedia, kenapa nak kena lahir juga? Tak boleh ke duduk je dalam perut itu lagi 3 bulan? Nanti keluar dah nampak, otak pun dah mantap, otak pun dah faham macam-macam, kan senang? Okey saya jawab eh.

Perlu Lahir Pada 9 Bulan

Ada dua sebab kenapa anak manusia perlu lahir pada usia 9 bulan walaupun tak ready. Yang pertama, kerana badan ibu manusia tak mampu untuk menampung jumlah tenaga yang cukup lama melebihi 9 bulan untuk dua nyawa yang dikandungnya, diri dia dan juga anaknya. Dua-dua nyawa ini memerlukan tenaga untuk proses-proses asas biologi seperti bernafas, membuat perkumuhan, penyahtinjaan dan sebagainya. So untuk badan ibu sorang menampung tenaga bagi dua nyawa untuk membolehkan proses biologi ini melebihi 9 bulan badan kita tak boleh carry. Sebab itu, anda perasan tak? Kalau kita pregnant, kita rasa badan kita jadi panas sikit. Yang kedua saya rasa semua orang tahu, untuk wanita melahirkan anak bukaan serviks yang maksimum hanya boleh setakat 10 cm sahaja dan daripada kita semua ini pun mengikut saiz badan kita. Kita masing-masing ada limitation saiz pinggul untuk membolehkan kepala anak kita go through tulang pinggul kita dan dilahirkan. Boleh bayangkan tak kalau anak-anak ini perlu sambung lagi 3 bulan dalam rahim. Kepala jadi besar, badan pun jadi besar kita semua ada komplikasi untuk melahirkan anak. Ingat saya sebut tadi kepala ni penting sebab dekat sini CPU kita. Jadi untuk menjaga aset paling berharga iaitu CPU kita, kepala kita, maka komplikasi kelahiran perlu diminimumkan. Suka tak suka, 9 bulan perlu dilahirkan antaranya kerana limitasi saiz pinggul dan juga bukaan serviks kita. Saya ada sebut tadi bukan baik manusia sahaja yang perlu bersalin awal, perlu lahir awal, perlu keluar awal. Ada contoh binatang lain yang sama juga nasib dengan kita. Contoh paling mudah, kita nampak tak anak-anak ayam sebelum jadi anak ayam dia adalah telur ayam. Telur yang kita boleh ambil dan buat masak itu. Okey ketika dia itu dalam bentuk telur ayam langsung tak ada rupa macam anak ayam. Betul tak? Jadi kalau tak ada langsung rupa macam anak ayam nak jadikan macam anak ayam itu macam mana? Ibu-ibu ayam ni terpaksa eram telur-telur itu, panaskan telur-telur ni untuk tempoh lebih kurang 21 hari lepas telur dah panas, dah matang barulah boleh menetas dan jadilah anak ayam. Satu kerja pula kan mak ayam ni nak kena duduk dekat situ 21 hari. Jadi kenapa kalau tak ready untuk jadi anak ayam masih tak matang, masih tak panas, kenapa nak kena bertelur? Untuk kategori ibu ayam pula antara jawapannya adalah kerana perut ibu ayam ini tak mampu lagi nak menampung jumlah-jumlah telur yang banyak dan dah jadi besar. Itulah reasonnya mereka ini kena bertelur juga dan lepas itu kena sambung eramkan telur-telur itu untuk 21 hari. 21 hari tempoh eraman ini lebih kurang macam 3 bulan yang kita manusia ni kena lalui untuk tolong anak kita beradaptasi dengan dunia baru ni. Haiwan kedua yang saya boleh bagi contoh adalah kangaroo. Kangaroo ni adalah kategori haiwan marsupial, di mana haiwan-haiwan marsupial memang di design untuk ada pregnancy period yang pendek. Contohnya kangaroo tak sampai satu bulan. Bila anak ni dilahirkan mereka akan climb ataupun masuk ke dalam kantung ibu untuk sambung membesar di situ. Berapa lama dia ikut species. Ada species yang perlu menampung anak dalam kantung selama enam bulan. Ada yang sampai sebelas bulan. Jadi anak-anak ni tak bersedia untuk dilahirkan. Jadi mereka perlu sambung membesar di dalam kantung kerana di kantung ada nutrisi yang anak perlukan iaitu ada saluran penyusuan di situ. Dan juga anak-anak ini mustahil dapat membesar dalam perut ibu kerana kita tahu kangaroo ni haiwan yang tinggi, yang besar, ekor dan kakinya saja cukup besar. Macam mana nak membesar dalam perut? Sebab itu kena sambung membesar di luar perut iaitu di kantung. Nampak? Bukan anak manusia saja ada banyak lagi binatang lain yang juga terpaksa lahir awal dan ini adalah nature alam. Bukan sebab Tuhan tu salah percanturan. Jadi bila kita dah faham anak kita sebenarnya tak ready untuk lahir pada usia sembilan bulan maka ini akan bagi kita reassurance. Suka tak suka, pada waktu ini kita kena tenang dan tidurkan anak kita guna cara yang spesifik iaitu cara yang meniru cara rahim.

Kesimpulan

Kesimpulannya, keluar awal ataupun terpaksa lahir awal adalah benda yang normal. Part of nature punya proses. Okey jangan risau bila anda tahu dan ada idea bahawa anak ini perlu lahir awal mereka belum move on lagi dengan kehilangan rahim sebagai ibu pertama dan alam pertamanya, maka dekat situ anda dah dapat idea dah nak tidur dan tenangkan anak ni tiru je cara yang ala ala rahim barulah anak manusia ni familiar, kenal, recognize senanglah dia orang ni tidur, senanglah dia orang ni diam. Macam mana caranya? Macam mana tekniknya? Jangan lupa untuk teruskan bersama channel ini sehingga akhir. Di situ ada semua rahsianya saya kongsikan dengan lengkap.


Get started with our free plan

Our free plan includes an access to 5 free episodes.

View plans and pricing