Hai semua, akhirnya kita dah sampai ke episod terakhir bagi topik tenangkan dan tidurkan newborn. Kalau anda dah berjaya sampai ke episod terakhir ini maksudnya anda ni hebat sebab semua ilmu tenang dan tidurkan anak dah ada di hujung jari sahaja. Okey, jom kita habiskan episod terakhir ni. Kita tengok dua lagi faktor yang boleh buat anak lena kalau tidur bukan di badan. Faktor yang ketiga kita perlulah amalkan untuk letak anak ke bawah, ke katil, ke buai yang penting alihkan daripada badan semasa anak masih mamai. Kenapa?