Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

Episode #12 • Sep 29, 2024 • Free Episode

Breastfeeding provides the ideal nutrition for babies, supporting growth and strengthening their immune system while reducing the risk of infections and chronic diseases. For mothers, it aids postpartum recovery, reduces the risk of certain cancers, and fosters a strong emotional bond with their baby through oxytocin release. It is convenient, cost-effective, and environmentally sustainable, eliminating the need for formula or feeding equipment. Overall, breastfeeding is a natural and essential practice that benefits both mother and child, promoting lifelong health and well-being.

Previous episode
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu
Next episode
FreeThis episode is free for everyone.

Subscribe to Infantalk

Access all past and future episodes when you become a subscriber.

See plans and pricing

Already a subscriber? Login

Pengenalan

Salah satu topik yang sangat dekat di hati kita semua adalah penyusuan susu ibu. Kalau kita fikir balik, susu ibu ni sebenarnya macam superfood pertama untuk bayi. Lengkap dengan semua nutrient yang bayi perlukan. Ditambah pula dengan antibodi yang boleh bantu mereka lawan jangkitan. Tapi penyusuan ni bukan sekadar pasal makanan saja. Ia juga waktu bonding antara ibu dan anak. Saat-saat inilah bayi akan rasa paling selamat dan disayangi. Saya tahu setiap ibu ada perjalanan masing-masing dan bukan semuanya mudah. Tapi bila kita faham kebaikan penyusuan susu ibu, kita boleh sokong satu sama lain dengan lebih baik. Jadi jom kita tengok sama-sama kenapa penyusuan ni penting untuk bayi, ibu dan juga kita sebagai komuniti.

Nutrisi Susu Ibu

Kalau kita tengok, susu ibu ni sebenarnya boleh dikatakan makanan all in one yang Allah ciptakan khas untuk bayi. Dalam susu ibu, semua nutrient penting untuk pertumbuhan dan juga perkembangan bayi ada. Protein, lemak, vitamin dan mineral. Semua ni ada dalam kadar yang cukup seimbang. Jadi bayi tak perlukan apa-apa lagi makanan tambahan dalam enam bulan pertama kehidupan mereka. Tapi yang menariknya, susu ibu ni bukan sekadar tentang nutrisi. Ia juga mengandungi antibodi semula jadi yang berfungsi macam perisai untuk melindungi bayi daripada pelbagai jenis penyakit. Ini sangat penting sebab bayi baru lahir kan sistem immune mereka belum matang. Jadi susu ibu membantu mereka melawan jangkitan seperti selsema, cirit-birit dan macam-macam penyakit lain yang biasa menyerang bayi kecil. Selain itu, nutrisi dalam susu ibu ni juga berubah mengikut keperluan bayi. Contohnya, kalau bayi baru lahir, susu ibu ada kolostrom iaitu susu awal yang kaya dengan antibodi dan sangat penting untuk sistem immune mereka. Bila bayi semakin besar, kandungan susu pun berubah ikut keperluan tumbesaran mereka. Pendek kata, susu ibu memang makanan yang terbaik dan sempurna untuk bayi kita. Selain beri mereka tenaga dan nutrient yang cukup, ia juga membantu membina asas kesihatan yang kukuh untuk masa depan mereka. Sebab itulah kita digalakkan untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan teruskan sehingga 2 tahun jika boleh. Susu ibu ni memang penuh dengan benda-benda baik yang bayi perlukan untuk membesar dengan sihat. Contohnya, dalam susu ibu ada DHA dan Omega 3 yang sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Nutrient inilah yang bantu bayi kita akan jadi lebih fokus, cepat belajar dan secara tak langsung beri mereka kelebihan di masa depan. Selain itu, susu ibu ada semua benda penting untuk tubuh badan bayi. Protein untuk bina otot, lemak sihat untuk tenaga dan vitamin serta mineral untuk tumbesaran yang keseluruhan. Semua ni cukup lengkap untuk bantu bayi membesar dengan sihat dan kuat. Yang bestnya, susu ibu juga ada antibodi semula jadi. Bayi kan immune dia belum kuat, jadi antibodi ni macam pelindung yang tolong lawan jangkitan, macam tu. Susu ibu boleh kurangkan risiko bayi kena selesema, batuk atau masalah pernafasan. Susu ibu ni macam satu pakej lengkap bukan saja untuk tumbesaran, tapi juga untuk kesihatan bayi secara keseluruhan.

Kelebihan Susu Ibu

Tahukah anda, susu ibu bukan sahaja lengkap dengan nutrient tapi juga sangat lembut untuk perut bayi? Susu ibu ada protein yang senang sangat dihadam oleh sistem pencernaan bayi yang masih belum matang. Ini penting sebab protein ni bukan sahaja membantu tumbesaran, tapi juga mengurangkan risiko iritasi pada usus bayi. Jadi kuranglah risiko bayi kita alami masalah macam kembung atau sakit perut. Selain itu, penyusuan susu ibu juga dikaitkan dengan pengurangan risiko Sudden Infant Death Syndrome atau dikenali dengan SIDS. SIDS ni adalah situasi yang menakutkan bila bayi yang nampak sihat tiba-tiba meninggal dunia semasa tidur dan punca kematian selalunya tak jelas. Tapi, kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif lebih terlindung daripada risiko ini. Ini kerana bayi yang menyusu badan akan minum susu dengan kerap setiap jam ke dua jam, maka ibu akan sentiasa alert dan selalulah mengangkat bayi untuk disusukan. Jadi bayi tidak akan ditinggalkan terlalu lama untuk tidur bersendirian. Di sini pun jelas kita boleh nampak dengan susu ibu bukan saja bayi dapat nutrisi terbaik, tapi juga perlindungan tambahan untuk kesihatan mereka.

Kelebihan Untuk Ibu

Penyusuan susu ibu ni bukan je bagus untuk bayi tapi untuk ibu pun ada manfaat. Salah satu yang ramai tak tahu ia sebenarnya bantu bentuk badan ibu pulih lebih cepat selepas bersalin. Masa kita menyusukan bayi, badan akan keluarkan hormon oksitosin yang membantu rahim kembali ke saiz asal dengan lebih cepat. Selain itu, penyusuan juga boleh bantu ibu membakar lebih kalori jadi ia sedikit sebanyak membantu proses kembali ke berat badan asal, dengan syarat ibu tak bolehlah makan berlebihan mengikut nafsu. Yang paling menarik, penyusuan susu ibu juga boleh kurangkan risiko kanser payudara, kanser ovari dan juga diabetes di masa akan datang. Senang cerita, penyusuan ni bukan sahaja sekadar moment bonding dengan bayi tapi juga pelaburan untuk kesihatan ibu jangka panjang.

Penjimatan Kos

Sebenarnya penyusuan susu ibu ni bukan sahaja bermanfaat untuk bayi dan ibu tapi ada kesan yang lebih besar pada keluarga, komuniti dan juga negara. Jom kita tengok kenapa. Kalau kita bandingkan, susu ibu ni jauh lebih menjimatkan berbanding susu formula. Kita tak perlu beli susu tin, botol atau aksesori tambahan lain. Semuanya dah ada secara semula jadi. Tak perlu kos tambahan, tak perlu risau stok habis. Untuk ibu bekerja, betul, masih tetap perlu melabur dengan membeli kelengkapan memerah susu seperti pump susu, storage bottle dan sebagainya. Tetapi kos itu semua tetaplah tidak lebih banyak berbanding kos bulanan susu formula. Dan semua ibu tetap disarankan masuk kelas dan belajar tentang imu penyusuan. Selain itu, susu ibu ni ibarat perlindungan kesihatan untuk bayi. Bayi yang menyusu badan kurang risiko kena penyakit macam selesema, cirit-birit atau masalah penafasan. Jadi kita tak perlu kerap bawa mereka ke klinik atau hospital. Pendek kata, kos perubatan pun boleh kita jimat banyak. Bila ramai ibu menyusukan bayi, ia juga bagi kesan besar kepada negara. Bayangkan kalau lebih ramai bayi sihat, kuranglah beban pada sistem kesihatan awam. Negara pun boleh jimat kos rawatan penyakit yang sebenarnya boleh dicegah dengan penyusuan susu ibu. Duit yang dijimatkan tu boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting. Dan bukan itu sahaja, penyusuan susu ibu juga ada manfaat sosial. Dengan lebih banyak bayi membesar sihat dan cerdas, kita sebenarnya sedang membina masyarakat yang lebih produktif dan berdaya saing. Pendek kata, penyusuan susu ibu ni bukan sahaja soal bayi dan ibu, tapi juga pelaburan untuk masa depan kita semua, dari keluarga hingga ke peringkat negara. Jadi, bila kita memilih untuk menyusukan bayi kita, sebenarnya kita sedang buat keputusan yang memberi impak besar untuk semua.

Krisis Dan Bencana

Anda pernah terfikir tak, dalam situasi bencana, macam banjir atau gempa bumi, susu ibu sebenarnya adalah penyelamat yang sangat penting untuk bayi. Jom kita cerita sikit kenapa. Dalam situasi bencana, air bersih susah nak dapat, apatah lagi nak sediakan susu formula? Di sinilah, susu ibu jadi pilihan yang paling selamat. Ia bersih, setiasa tersedia dan kita tak perlu risau tentang percemaran yang boleh berlaku kalau guna botol atau air yang tak selamat. Susu ibu ni bukan sekadar susu, ia makanan lengkap untuk bayi. Dalam situasi bencana, bila bekalan makanan terganggu, susu ibu boleh jadi sumber utama nutrisi yang membantu bayi elak daripada kebuluran atau kekurangan zat makanan. Bayi pun boleh stres tau, terutama masa bencana bila suasana sekeliling jadi haru biru. Penyusuan susu ibu bukan sahaja beri bayi rasa kenyang, tapi juga rasa selamat dan tenang. Sentuhan dan pelukan semasa menyusu itu sangat membantu supaya menenangkan bayi dalam keadaan yang penuh tekanan. Kalau kita tengok secara keseluruhan, penyusuan susu ibu bukan sahaja menyelamatkan nyawa bayi, tapi juga membantu ibu rasa lebih yakin dan berdaya dalam menjaga bayi mereka semasa bencana. Ia memang cara paling semula jadi untuk memastikan bayi kekal sihat dan selamat walaupun dalam situasi yang paling mencabar. Jadi, walau apa pun keadaan, penyusuan susu ibu tetap jadi pilihan terbaik untuk bayi. Dalam masa sukar, ia adalah keajaiban kecil yang membantu kita terus kuat dan tabah.

Kesimpulan

Ok, kalau kita nak simpulkan semua yang kita dah sembang tadi, satu benda je jelas. Penyusuan susu ibu ini memang pilihan terbaik, bukan sahaja untuk bayi, tapi untuk ibu, keluarga, malah seluruh masyarakat. Bayi dapat nutrisi lengkap, antibodi untuk kuatkan immune dan peluang membesar dengan sihat. Ibu pula dapat manfaat kesihatan seperti pulih lebih cepat lepas bersalin, risiko penyakit lebih rendah dan moment istimewa untuk bina ikatan emosi dengan bayi. Dari segi ekonomi, penyusuan jimatkan kos, tak perlu beli susu formula dan kurangkan kos rawatan bila bayi lebih sihat. Dan, kalau kita tengok dari sudut lebih besar, dalam situasi macam bencana, penyusuan susu ibu jadi penyelamat. Ia mudah, selamat dan berikan bayi semua yang mereka perlukan walaupun dalam keadaan paling mencabar. Jadi, penyusuan susu ibu ni bukan sekadar memberi susu, tapi ia tentang memberi permulaan hidup yang terbaik untuk bayi kita. Dengan memilih untuk menyusukan bayi, kita sebenarnya buat keputusan yang besar bukan sahaja untuk kebaikan anak kita, tapi juga untuk masa depan mereka. Apa-apa pun, sokongan dari semua pihak, keluarga, rakan, komuniti memang penting untuk memastikan ibu rasa yakin dan mampu menyusukan bayi mereka. Jadi, jom kita sama-sama raikan dan sokong penyusuan susu ibu sebagai langkah ke arah generasi yang lebih sihat dan cemerlang.


Get started with our free plan

Our free plan includes an access to 5 free episodes.

View plans and pricing