Dalam penyusuan, memang kita amat digalakkan untuk mendahulukan penyusuan secara terus. Ia merupakan cara terbaik memberikan susu kepada bayi. Tapi, ada juga keadaan yang menyebabkan bayi tidak dapat menyusu secara terus dengan ibu seperti, bayi dan ibu yang terpisah, mungkin selepas kelahiran, terjadinya apa-apa komplikasi dan bayi perlu terus ke NICU. Atau ibu yang perlu kembali bekerja pun tak dapat nak menyusu secara terus dengan bayi. Jadi, untuk situasi sebegini, penyusuan tidak perlu dihentikan pun. Sebaliknya, ibu-ibu boleh memerah susu agar bayi tetap dapat susu ibu.