Susu ibu merupakan cecair yang hidup. Ada banyak live culture dalam susu ibu. Oleh itu, susu ibu mesti diuruskan dengan baik agar tidak rosak dan terpelihara nutrisinya. Tinggi risikonya jika bayi terminum susu perahan yang tercemar akibat dari pengurusan susu perahan yang kurang baik. Bayi boleh terkena cirit-birit dan ini sangat bahaya. Sekiranya susu perahan tidak diuruskan dengan rapi juga contohnya salah cara simpan, salah cara panaskan, nutrisi dalam susu ibu juga boleh hilang. Jadi rugilah kalau bayi minum susu yang sudah tidak lagi ada nutrisinya. Penat-penat ibu semua memerah. Maka ilmu pengurusan susu perahan adalah amat penting.