Apa Yang Ibu Perlu Jangka Dalam Penyusuan

Episode #17 • Nov 3, 2024 • Subscriber-Only

After childbirth, it’s normal for breastfeeding to feel like a learning process for both mother and baby. Expect frequent feedings, as newborns nurse every 2-3 hours to establish milk supply. Early challenges like sore nipples or finding the right latch are common but can improve with practice and support. Skin-to-skin contact and nursing on demand help stimulate milk production and strengthen bonding. It’s important to remain patient, seek guidance when needed, and trust the process as breastfeeding becomes more natural over time.

Collection
Breastfeeding
Apa Yang Ibu Perlu Jangka Dalam Penyusuan
LockedThis episode is for subscribers only.
Locked

Subscribe to Infantalk

Access this episode, plus all past and future episodes, when you become a subscriber.

See plans and pricing

Already a subscriber? Login

Pengenalan

Dalam penyusuan ni, apa yang ibu-ibu perlu jangka? Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu kita faham dan bersedia. Pertama sekali, perjalanan penyusuan bukanlah sesuatu yang sempurna dari awal. Jadi, ibu-ibu perlu bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran kecil seperti masalah puting yang sakit atau bayi yang mungkin sukar untuk melekap dengan baik. Tapi jangan risau, kebanyakan masalah ini boleh diselesaikan dengan sedikit ilmu dan latihan. Kedua, penyusuan ini adalah satu proses yang memerlukan masa. Adakalanya, bayi mungkin ingin menyusu lebih kerap dan ini adalah perkara yang biasa. Jadi, ibu-ibu perlu bersedia untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada bayi dan kadang-kadang itu boleh jadi agak meletihkan. Tetapi percayalah, semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Selain itu, penyusuan juga memberi kesan kepada tubuh ibu. Ada ibu yang mungkin akan rasa lebih lapar, lebih dahaga atau letih. Ini semua adalah perkara biasa kerana badan kita sedang bekerja keras untuk menghasilkan susu yang terbaik untuk bayi. Akhir sekali, kesabaran dan sokongan sangat penting. Perjalanan penyusuan boleh mengambil masa dan kadang-kadang mungkin ada rasa frustasi. Tapi dengan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan komuniti ibu menyusu, perjalanan ini akan menjadi lebih mudah. Jadi, jangan takut untuk minta bantuan dan cari sokongan bila perlu. Yang penting, kita kena ingat bahawa setiap ibu dan bayi adalah berbeza. Jadi, apa yang berfungsi untuk seseorang ibu mungkin berbeza untuk ibu yang lain. Kuncinya adalah bersedia, sabar dan teruskan belajar sepanjang perjalanan penyusuan.

Selepas Bersalin - 2 Minggu


Get started with our free plan

Our free plan includes an access to 5 free episodes.

View plans and pricing